Justeru itu, penubuhan Yayasan ini kena pada masanya di mana para pakar perubatan dan sukarelawan dapat menggembleng tenaga untuk menangani penyakit ini bersama. Yayasan ini akan dapat mendidik pesakit-pesakit dan orang awam tentang penyakit itu di samping membantu penyelidik-penyelidik menjalankan penyelidikan dan memahami mekanisme-mekanisme penyakit barah hepar serta memperkenalkan cara-cara diagnostik dan inovatif dan strategi-strategi rawatan yang berkesan bagi mengubatinya.
Saya percaya ahli-ahli Yayasan ini akan bekerja dengan bersungguh-sungguh untuk mencapai objektif-objektif mulia ini dan menyeru semua rakyat Malaysia supaya menjayakan Yayasan Hepar Malaysia ini.

YA BHG. TUN DR MAHATHIR BIN MOHAMAD
|